Nabi
Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi
ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan
telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa
mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.
Ketiadaan
Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri.
Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini
telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi
Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang
ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang
kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang
ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut
Merah.
Kerana
itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina.
Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah mengejar
kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam
rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang
ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.
Apabila
tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri
membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu
diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam
waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara.
Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri.
Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.
Nabi
Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha
mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam
Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka menyembah
patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang
mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit
Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.
Nabi
Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat
dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang
dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang
tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi
Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.
No comments:
Post a Comment