"Aad" adalah
nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat
bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara
Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta
terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa.
Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya
yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam
untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan
kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup
menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka
berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di
sekelilingnya.
Sebagaimana dengan kaum
Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak
mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat
patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan "
Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut
kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta
dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi
Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup
mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya
berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan
mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah.
Kerananya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya
sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit
atau kekeringan.
Sebagai akibat dan buah
dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh
tuntutan dan pimpinan Iblis laknatullah, di mana nilai-nilai moral dan akhlak
tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang
tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul
kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat
menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras
yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan
benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan
mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang
menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku
Aad tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada
mereka.
Sudah menjadi sunnah Allah
s.w.t. sejak diturunkannya Adam Ke bumi bahawa dari masa ke semasa jika
hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang
dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi
atau Rasul yang bertugas untuk menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang
sebelumnya mengembalikan masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar
dan mencuci bersih jiwa manusia dari segala tahayul dan syirik menggantinya dan
mengisinya dengan iman tauhid dan aqidah yang sesuia dengan fitrah.
Demikianlah maka kepada
suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi
sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan
kepada mereka Nabi Hud seorang daripada suku mereka sendiri dari keluarga yang
terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik
budi pekerti yang luhur dan sgt bijaksana dalam pergaulan dengan
kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya
suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah s.w.t. yang berupa alam sekeliling
mereka dan bahawa Allah s.w.t. lah yang mencipta mereka semua dan mengurniakan
mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang subur, air yang
mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka
sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai
manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya merendahkan
diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dapat mereka hancurkan sendiri
dan memusnahkannya dari pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud
bahawa dia adalah pesuruh Allah s.w.t. yang diberi tugas untuk membawa mereka
ke jalan yang benar beriman kepada Allah s.w.t. yang menciptakan mereka menghidup
dan mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya daripada mereka. Ia tidak
mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut
mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah s.w.t. dan
memperingatkan mereka bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mrk
menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh
Allah s.w.t. sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam
dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan
dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada
berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.
Bagi kaum Aad seruan dan
dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah mereka dengar ataupun
menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan
mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat
istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka. Mereka
tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku mereka sendiri telah
berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan
kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak
dapat dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan serta-merta
ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan dan tuduhan
kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya
dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.
Berkatalah kaum Aad kepada
Nabi Hud: "Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak
anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami
kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak
dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu
tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami
warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan
meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan
nenek moyangmu dan jangan mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan
memebawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan
direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi
Hud, "Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya
walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat
melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaanNya dan
dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan
dan bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan
binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia.
Dan menjadi kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan
itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya, Tuhan
Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu
tidak dpt menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu
mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut
jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia
dengan kepercayaan penuh kepada keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan
patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri
kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang tidak dapat
berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan
dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan
menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang
Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab
kaumnya, "Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan
berfikiran lain daripada yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu
kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan
sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan
memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal?
Engkau mengaku bahawa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk
membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari
jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa
hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah
dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang daripada
kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami
hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang
dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang pendusta
besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan
kami yang selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."
"Wahai kaumku"
jawab Nabi Hud, "Aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap
waras dan sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah bahawa patung-patungmu
yang kamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau
penyakit bagi badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di
tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan
sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda
ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku
dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah s.w.t. yang diberi
amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat
kemasukan pengaruh ajaran Iblis laknatullah dan sudah jauh menyimpang dari
jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu kerana Allah s.w.t.
tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan
dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke
jalan yang benar dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada
ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah s.w.t.,
Tuhan seru sekalian alam, Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan
bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuhan
bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala
perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran
hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami
oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan
dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas
segala perbuatan kamu didunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu
yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan
diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah s.w.t.
kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan
menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."
Kaum Aad
menjawab: "Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau
telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau
dan akalmu berubah menjadi tidak siuman. Engkau telah mengucapkan kata-kata
yang tidak masuk akal bahawa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki
dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur
kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami
akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang.
Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakutkan kami dan
mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong
belaka. Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti
ajaranmu kerana bayangan azab dan seksa yang engkau bayangkannya kepada kami
bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan
ancaman itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang
pendusta."
"Baiklah" jawab
Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras
kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada
berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu
tidak akan dapat melepaskan diri dari bencananya. Allah s.w.t. menjadi saksiku
bahawa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan
akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi penerangan dan
tuntunan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. bagi
hamba-hamba-Nya."
Pembalasan Allah s.w.t.
terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua
perinkat. Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan
kebun-kebun mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau
mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti
biasanya. Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka
bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari Allah s.w.t. yang
dijanjikan dan bahawa Allah s.w.t. masih lagi memberi kesempatan kepada mereka
untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada
Allah s.w.t. dengan meninggalkan persembahan mereka yang bathil kemudian
bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. agar segera hujan turun kembali
dengan lebatnya dan terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan
tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah
janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka
memohon perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.
Tentangan mereka terhadap
janji Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan
dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya
gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan
sorak-sorai gembira, kerana dikiranya bahawa hujan akan segera turun membasahi
ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang sedang mengalami
kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi
Hud dengan nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan
awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai
pembalasan Allah s.w.t. yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk
membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu
dusta."
Sejurus kemudian menjadi
kenyataanlah apa yang dikatakan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun
dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai
bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah
dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda
dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik
mereka berlari kesana sini mencari perlindungan Suami tidak tahu di mana
isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi
sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari
tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang congkak itu dan
menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi
pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para
sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah s.w.t. dari bencana
yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya
yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan
bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang
meminta tolong dan mohon perlindungan. Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan
tanah "Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah
Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal
menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga
sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih
kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang
beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada
setiap tahun.
Selesailah kisah kaum Nabi
Nuh dalam sejarah. Majoriti di antara mereka yang mendustakan ajarannya telah
dihancurkan oleh taufan. Sedangkan minoriti antara mereka dapat kembali
memakmurkan bumi sebagai wujud dari sunatullah dan janji-Nya: Sedangkan janji
Allah SWT kepada Nabi Nuh adalah:
"Dan kesudahan yang
baik adalah bagi orang-orang yang takwa."
(QS. al-Qashash: 83)
Dan janji Allah SWT juga
kepada Nabi Nuh adalah:
"Difirmankan: 'Hai
Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas
umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada pula
umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam hehidupan dunia),
kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami. "
(QS. Hud: 48)
Berputarlah roda kehidupan
dan datanglah janji Allah SWT. Setelah datangnya taufan, tiada yang tersisa
dari manusia di muka bumi kecuali orang-orang yang beriman. Tiada satu hati
yang kafir pun berada di muka bumi dan syaitan mulai mengeluhkan pengangguran.
Berlalulah tahun demi
tahun, lalu matilah para orang tua dan anak-anak, dan datanglah anak dari
anak-anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi Nuh dan mereka kembali menyembah
berhala. Manusia menyimpang dari penyembahan yang semata-mata untuk Allah SWT.
Akhirnya, tipuan kuno berulang kembali. Para cucu kaum Nabi Nuh berkata:
"Kita tidak ingin melupakan kakek kita yang Allah SWT selamatkan mereka
dari taufan."
Oleh kerana itu, mereka
membuat patung-patung orang-orang yang selamat itu yang dapat mengingatkan
mereka dengannya. Dan pengagungan ini semakin berkembang generasi demi
generasi, namun akhimya penghormatan itu berubah menjadi penghambaan. Patung-
patung itu berubah - dengan bisikan syaitan - menjadi tuhan selain Allah SWT.
Dan bumi kembali mengeluhkan kegelapan. Lalu Allah SWT rnengutus junjungan kita
Nabi Hud di tengah-tengah kaumnya.
Al-Qur'an menyingkap
ceritanya setelah diutusnya Nabi Hud untuk membawa agama kepada manusia. Nabi
Hud berasal dari kabilah yang bernama 'Ad. Kabilah ini tinggal di suatu tempat
yang bernama al-Ahqaf. la adalah padang pasir yang dipenuhi dengan gunung-gunung
pasir dan tampak dari puncaknya lautan. Adapun tempat tinggal mereka berupa
tenda-tenda besar dan mempunyai tiang-tiang yang kuat dan tinggi. Kaum 'Ad
terkenal dengan kekuatan fisik di saat itu, dan mereka juga memiliki tubuh yang
amat tinggi dan tegak sampai-sampai mereka mengatakan seperti yang dikutip oleh
Al-Qur'an:
"Mereka berkata:
'Siapakah yang lebih kuat daripada kami.'"
(QS. Fushilat: 15)
Tiada seorang pun di masa
itu yang dapat menandingi kekuatan mereka. Meskipun mereka memiliki kebesaran
tubuh, namun mereka memiliki akal yang gelap. Mereka menyembah berhala dan
membelanya bahkan mereka siap berperang atas namanya. Mereka malah menuduh nabi
mereka dan mengejeknya. Selama mereka menganggap bahawa kekuatan adalah hal
yang patut dibanggakan, maka seharusnya mereka melihat bahawa Allah SWT yang
menciptakan mereka lebih kuat dari mereka. Sayangnya, mereka tidak melihat
selain kecongkakan mereka. Nabi Hud berkata kepada mereka:
"Wahai kaumku,
sembahlah Allah yang tiada tuhan lain bagi kalian selain-Nya. "
(QS. Hud: 50)
Itu adalah perkataan yang
sama yang diucapkan oleh seluruh nabi dan rasul. Perkataan tersebut tidak
pernah berubah, tidak pernah berkurang, dan tidak pernah dicabut kembali.
Kaumnya bertanya kepadanya: "Apakah engkau ingin menjadi pemimpin bagi
kami melalui dakwahmu ini? Imbalan apa yang engkau inginkan?" Nabi Hud
memberitahu mereka bahawa ia hanya mengharapkan imbuhan dari Allah SWT. Ia
tidak menginginkan sesuatu pun dari mereka selain agar mereka menerangi akal
mereka dengan cahaya kebenaran. Ia mengingatkan mereka tentang nikmat Allah SWT
terhadap mereka. Bagaimana Dia menjadikan mereka sebagai khalifah setelah Nabi
Nuh, bagaimana Dia memberi mereka kekuatan fisik, bagaimana Dia menempatkan
mereka di bumi yang penuh dengan kebaikan, bagaimana Dia mengirim hujan lalu
menghidupkan bumi dengannya.
Kaum Hud membuat kerosakan
dan mengira bahawa mereka orang-orang yang terkuat di muka bumi, sehingga
mereka menampakkan kesombongan dan semakin menentang kebenaran. Mereka berkata
kepada Nabi Hud: "Bagaimana engkau menuduh tuhan-tuhan kami yang kami
mendapati ayah-ayah kami menyembahnya?" Nabi Hud menjawab: "Sungguh
orang tua kalian telah berbuat kesalahan." Kaum Nabi Hud berkata:
"Apakah engkau akan mengatakan wahai Hud bahawa setelah kami mad dan
menjadi tanah yang beterbangan di udara, kita akan kembali hidup?" Nabi
Hud menjawab: "Kalian akan kembali pada hari kiamat dan Allah SWT akan
bertanya kepada masing-masing dari kalian tentang apa yang kalian
lakukan."
Setelah mendengar jawaban
itu, meledaklah tertawa dari mereka. Alangkah anehnya pengakuan Hud,
demikianlah orang-orang kafir berbisik di antara mereka. Manusia akan mati dan
ketika mati jasadnya akan rusak dan ketika jasadnya rusak ia akan menjadi tanah
kemudian akan dibawa oleh udara dan tanah itu akan beterbangan, lalu bagaimana
semua ini akan kembali ke asalnya. "Kemudian apa pengertian adanya hari
kiamat? Mengapa orang-orang yang mati akan bangkit dari kematiannya?" Hud
menerima pertanyaan-pertanyaan ini dengan kesabaran yang mulia. Kemudian ia
mulai menerangkan pada kaumnya keadaan hari kiamat. Ia menjelaskan kepada
mereka bahawa kepercayaan manusia kepada hari akhir adalah satu hal yang
penting yang berhubungan dengan keadilan Allah SWT, sebagaimana ia juga sesuatu
yang penting yang juga berhubungan dengan kehidupan manusia.
Nabi Hud menerangkan
kepada mereka sebagaimana apa yang diterangkan oleh semua nabi berkenaan dengan
hari kiamat. Sesungguhnya hikmah sang Pencipta tidak menjadi sempurna dengan
sekadar memulai penciptaan kemudian berakhirnya kehidupan para makhluk di muka
bumi ini, lalu setelah itu tidak ada hal yang lain. Ini adalah masa tenggang
yang pertama dari ujian. Dan ujian tidak selesai dengan hanya menyerahkan
lembar jawaban. Harus juga disertai dengan koreksi terhadap lembar jawaban itu,
memberi nilai, dan menjelaskan siapa yang berhasil dan siapa yang gagal.
Manusia selama hidup di
dunia tidak hanya mempunyai satu tindakan; ada yang berbuat kelaliman, ada yang
membunuh, dan ada yang melampaui batas. Seringkali kita melihat orang-orang
lalim pergi dengan bebas tanpa menjalani hukuman. Cukup banyak orang-orang yang
jahat namun mereka mendapatkan fasilitas yang mewah dan mendapatkan
penghormatan serta kekuasaan. Ke mana orang-orang yang teraniaya akan mengadu
dan kepada siapa orang-orang yang menderita akan mengeluh?
Logika keadilan menuntut
adanya hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan tidak selalu menang dalam kehidupan,
bahkan terkadang pasukan kejahatan berhasil membunuh dan memperdaya para
pejuang kebenaran. Lalu, apakah kejahatan ini berlalu begitu saja tanpa
mendapatkan balasan? Sungguh suatu kelaliman besar terhampar seandainya kita
menganggap bahawa hari kiamat tidak pernah terjadi. Allah SWT telah
mengharamkan kelaliman atas diri-Nya sendiri, dan Dia pun mengharamkannya terjadi
di antara hamba-hamba-Nya., maka adanya hari kiamat, hari perhitungan, hari
pembalasan adalah sebagai bukti kesempurnaan dari keadilan Allah SWT. Sebab
hari kiamat adalah hari di mana semua persoalan akan disingkap kembali di depan
sang Pencipta dan akan di tinjau kembali, dan Allah SWT akan memutuskan
hukum-Nya di dalam-nya. Inilah kepentingan pertama tentang hari kiamat yang
berhubungan langsung dengan keadilan Allah SWT.
Ada kepentingan lain
berkenaan dengan hari kiamat, yang berhubungan dengan perilaku manusia sendiri.
bahawa keyakinan dengan adanya hari akhir, mempercayai hari kebangkitan,
perhitungan amal, penerimaan pahala dan siksa, dan kemudian masuk surga atau
neraka adalah perkara- perkara yang langsung berkenaan dengan perilaku manusia,
di mana konsentrasi manusia dan had mereka akan tertuju dengan alam lain
setelah alam ini. Oleh kerana itu, mereka tidak akan terbelenggu oleh
kenikmatan dunia, kerakusan kepadanya, dan egoisme untuk menguasinya. Mereka
tidak perlu gelisah saat mereka tidak berhasil melihat balasan usaha mereka
dalam umur mereka yang pendek dan terbatas. Dengan demikian, manusia semakin
meninggi dari tanah yang menjadi asal penciptaannya ke roh yang ditiupkan oleh
Tuhannya.
Barangkali persimpangan
jalan antara tunduk terhadap imajinasi dunia, nilai-nilainya, dan
pertimbangan-pertimbangannya dan ketergantungan dengan nilai-nilai Allah SWT
yang tinggi dapat terwujud dengan adanya keimanan terhadap hari kiamat. Nabi
Hud telah membicarakan semua ini dan mereka telah mendengarkannya namun mereka
mendustakannya. Allah SWT menceritakan sikap kaum itu terhadap hari kiamat:
"Dan berkatalah
pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan pertemuan
dengan hari kiamat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan
dunia: 'Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia, makan dari apa
yang kamu, makan, dan meminum dari apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika
kamu sekalian menaati manusia yang seperti kamu, niscaya bila demikian itu,
kamu benar-benar menjadi orang- orang yang merugi. Apakah ia menjanjikan kepada
kamu sekalian, bahawa bila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang
belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)?, jauh, jauh sekali
(dari kebenaran) apa yang diancamkan kepadamu itu, kehidupan tidak lain
hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan hidup dan sekali-kali tidak
akan dibangkitkan lagi. "
(QS. al- Mu`minun:
33-37)
Demikianlah kaum Nabi Hud
mendustakan nabinya. Mereka berkata kepadanya: "Tidak mungkin, tidak
mungkin." Mereka keheranan ketika mendengar bahawa Allah SWT akan
membangkitkan orang-orang yang ada dalam kuburan. Mereka bingung ketika
dibe-ritahu bahawa Allah SWT akan mengembalikan penciptaan manusia setelah ia
berubah menjadi tanah, meskipun Dia telah menciptakannya sebelumnya juga dari
tanah. Seharusnya para pendusta hari kebangkitan itu merasa bahawa
mengembalikan penciptaan manusia dari tanah dan tulang lebih mudah dari
penciptaannya pertama kali. Bukankah Allah SWT telah menciptakan semua makhluk,
maka kesulitan apa yang ditemui-Nya dalam mengembalikannya. Kesulitan itu
disesuaikan dengan tolok ukur manusia yang tersembunyi dalam ciptaan., maka
tolok ukur manusia tersebut tidak dapat diterapkan kepada Allah SWT. kerana Dia
tidak mengenal kesulitan atau kemudahan. Ketika Dia ingin membuat sesuatu, maka
Dia hanya sekadar mengeluarkan perintah:
"Allah Pencipta langit
dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah)
Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah."Lalu jadilah ia."
(QS. al-Baqarah: 117)
Kita juga memperhatikan
firman-Nya:
"Dan berkatalah
pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya."
(QS. al-Mu^minun: 33)
Al-Mala' ialah para
pembesar (ar-Ruasa'). Mereka dinamakan al-Mala' kerana mereka suka berbicara
dan mereka mempunyai kepentingan dalam kesinambungan situasi yang tidak sehat.
Kita akan menyaksikan mereka dalam setiap kisah para nabi. Kita akan melihat
para pembesar kaum, orang-orang kaya di antara mereka, dan orang-orang elit di
antara mereka yang menentang para nabi. Allah SWT menggambarkan mereka dalam
firman-Nya:
"Dan yang telah
Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia. "
(QS. al-Mukminun: 33)
Kerana pengaruh kekayaan
dan kemewahan hidup, lahirlah keinginan untuk meneruskan
kepentingan-kepentingan khusus, dan dari pengaruh kekayaan dan kekuasaan,
muncullah sikap sombong. Para pembesar itu menoleh kepada kaumnya sambil
bertanya-tanya: "Tidakkah nabi ini manusia biasa seperti kita, ia memakan
dari apa yang kita, makan, dan meminum dari apa yang kita minum? Bahkan
barangkali kerana kemiskinannya, ia sedikit, makan dari apa yang kita, makan
dan ia minum, menggunakan gelas-gelas yang kotor sementara kita minum dari
gelas-gelas yang terbuat dari emas dan perak., maka bagaimana ia mengaku berada
dalam kebenaran dan kita dalam kebatilan? Ini adalah manusia biasa, maka
bagaimana kita menaati manusia biasa seperti kita? Kemudian, mengapa Allah SWT
memilih manusia di antara kita untuk mendapatkan wahyu-Nya?"
Para pembesar kaum Nabi
Hud berkata: "Bukankah hal yang aneh ketika Allah SWT memilih manusia
biasa di antara kita untuk menerima wahyu dari-Nya?" Nabi Hud balik
bertanya: "Apa keanehan dalam hal itu? Sesungguhnya Allah SWT mencintai
kalian dan oleh kerananya Dia mengutus aku kepada kalian untuk mengingatkan
kalian. Sesungguhnya perahu Nuh dan kisah Nuh tidak jauh dari ingatan kalian.
Janganlah kalian melupakan apa yang telah terjadi. Orang-orang yang menentang
Allah SWT telah dihancurkan dan begitu juga orang-orang yang akan
mengingkari-Nya pun akan dihancurkan, sekuat apa pun mereka." Para
pembesar kaum berkata: "Siapakah yang dapat menghancurkan kami wahai
Hud?" Nabi Hud menjawab: "Allah SWT."
Orang-orang kafir dari
kaum Nabi Hud berkata: "Tuhan-tuhan kami akan menyelamatkan kami."
Nabi Hud memberitahu mereka, bahawa tuhan- tuhan yang mereka sembah ini dengan
maksud untuk mendekatkan mereka kepada Allah SWT pada hakikatnya justru
menjauhkan mereka dari-Nya. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa hanya Allah SWT
yang dapat menyelamatkan manusia, sedangkan kekuatan lain di bumi tidak dapat
mendatangkan mudarat dan manfaat.
Pertarungan antara Nabi
Hud dan kaumnya semakin seru. Dan setiap kali pertarungan berlanjut dan hari
berlalu, kaum Nabi Hud meningkatkan kesombongan, pembangkangan, dan pendustaan
kepada nabi mereka. Mereka mulai menuduh Nabi Hud sebagai seorang idiot dan
gila. Pada suatu hari mereka berkata kepadanya: "Sekarang kami memahami
rahasia kegilaanmu. Sesungguhnya engkau menghina tuhan kami dan tuhan kami
telah marah kepadamu, dan kerana kemarahannya engkau menjadi gila." Allah
SWT menceritakan apa yang mereka katakan dalam firman-Nya:
"Kaum 'Ad berkata: 'Hai
Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami
sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu,
dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan
melainkan bahawa sebagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas
dirimu. "
(QS. Hud: 53-54)
Sampai pada batas inilah
penyimpangan itu telah terjadi pada diri mereka, sampai pada batas bahawa
mereka menganggap, bahawa Nabi Hud telah mengigau kerana salah satu tuhan
mereka telah murka kepadanya sehingga ia terkena sesuatu penyakit gila. Nabi
Hud tidak membiarkan anggapan mereka bahawa ia gila dan mengigau, naniun ia
tidak bersikap emosi tetapi ia menunjukkan sikap tegas ketika mereka mengatakan:
"Dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan- sembahan kami
kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. "
Setelah tantangan ini
tiada lain bagi Nabi Hud kecuali memberikan tantangan yang sama. Nabi Hud hanya
pasrah kepada Allah SWT. Nabi Hud hanya memberikan peringatan dan ancaman
terhadap orang-orang yang mendustakan dakwahnya. Nabi Hud berkata:
"Sesungguhnya aku
jadikan Allah sebagai saksiku dan saksikanlah olehmu bahawa Sesungguhnya aku
berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan dari selain-Nya. Sebab itu,
jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah karnu memberi tangguh
kepadaku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak
ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. Jika kamu berpaling, maka
sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus
(untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum
yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudarat kepada-Nya sedikit
pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. "
(QS. Hud: 54-57)
Manusia akan merasa
keheranan terhadap perlawanan kepada kebenaran ini. Seorang lelaki menghadapi
kaum yang kasar dan keras kepala serta bodoh. Mereka menganggap bahawa
berhala-berhala dari batu dapat memberikan gangguan. Manusia sendiri rnampu
menentang para tiran dan melumpuhkan keyakinan mereka, serta berlepas diri dari
mereka dan dari tuhan mereka. Bahkan ia siap menentang mereka dan menghadapi
segala bentuk, makar mereka. Ia pun siap berperang dengan mereka dan bertawakal
kepada Allah SWT. Allah-lah yang Maha Kuat dan Maha Benar. Dia-lah yang
menguasai setiap makhluk di muka bumi, baik berupa binatang, manusia, maupun
makhluk lain. Tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah SWT.
Dengan keimanan kepada
Allah SWT dan dengan kepercayaan pada janji- Nya serta merasa tenang dengan
pertolongan-Nya, Nabi Hud menyeru orang-orang kaflr dari kaumnya. Nabi Hud
melakukan yang demikian itu meskipun ia sendirian dan merasakan kelemahan
kerana ia mendapatkan keamanan yang hakiki dari Allah SWT. Dalam
pembicaraannya, Nabi Hud menjelaskan kepada kaumnya bahawa ia melaksanakan
amanat dan menyampaikan agama. Jika mereka mengingkari dakwahnya, niscaya Allah
SWT akan mengganti mereka dengan kaum selain mereka. Yang demikian ini berarti
bahawa mereka sedang menunggu azab. Demikianlah Nabi Hud menjelaskan kepada
mereka, bahawa ia berlepas diri dari mereka dan dari tuhan mereka. la
bertawakal kepada Allah SWT yang menciptakannya.
Ia mengetahui bahawa siksa
akan turun di antara para pengikutnya yang menentang. Beginilah hukum kehidupan
di mana Allah SWT menyiksa orang-orang kafir meskipun mereka sangat kuat atau
sangat kaya. Nabi Hud dan kaumnya menunggu janji Allah SWT. Kemudian terjadilah
masa kering di muka bumi di mana langit tidak lagi menurunkan hujan. Matahari
menyengat sangat kuat hingga laksana percikan-percikan api yang menimpa kepala
manusia.
Kaum Nabi Hud segera
menuju kepadanya dan bertanya: "Mengapa terjadi kekeringan ini wahai
Hud?" Nabi Hud berkata: "Sesungguhnya Allah SWT murka kepada kalian.
Jika kalian beriman, maka Allah SWT akan rela terhadap kalian dan menurunkan
hujan serta menambah kekuatan kalian." Namun kaum Nabi Hud justru
mengejeknya dan malah semakin menentangnya., maka masa kekeringan semakin
meningkat dan menguningkan pohon-pohon yang hijau dan matilah tanaman-tanaman.
Lalu datanglah suatu hari
di mana terdapat awan besar yang menyelimuti langit. Kaum Nabi Hud begitu
gembira dan mereka keluar dari rumah mereka sambil berkata: "Hari ini kita
akan dituruni hujan." Tiba-tiba udara berubah yang tadinya sangat kering
dan panas kini menjadi sangat dingin. Angin mulai bertiup dengan kencang. Semua
benda menjadi bergoyang. Angin terus-menerus bertiup malam demi malam, dan hari
demi hari. Setiap saat rasa dingin bertambah.
Kaum Nabi Hud mulai
berlari. Mereka segera menuju ke tenda dan bersembunyi di dalamnya. Angin
semakin bertiup dengan kencang dan menghancurkan tenda. Angin menghancurkan
pakaian dan menghancurkan kulit. Setiap kali angin bertiup, ia menghancurkan
dan membunuh apa saja yang di depannya. Angin bertiup selama tujuh malam dan
delapan hari dengan mengancam kehidupan dunia. Kemudian angin berhenti dengan
izin Tuhannya.
Allah SWT berfirman:
"Maka tatkala mereka
melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah
mereka: 'Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.' (Bukan)! Bahkan
itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang
mengandung azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah
Tuhannya." (QS. al-Ahqaf: 24-25) "Yang Allah menimpakan angin itu
kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus-menerus;, maka kamu
lihat kaum 'Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka
tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk). "
(QS. al-Haqqah: 7)
Tiada yang tersisa dari
kaum Nabi Hud kecuali pohon-pohon kurma yang lapuk. Nabi Hud dan orang-orang
yang beriman kepadanya selamat sedangkan orang-orang yang menentangnya binasa.
·
Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud a.s.
Nabi Hud telah memberi
contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan
ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala
itu dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali
membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya
dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai
emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan
tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan
sinting. Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya
mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak
dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah
rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang
jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu
terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di
akhirat."
Dalam berdialog dengan
kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak
mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan
memberikan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran
dakwahnya dan kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia
akan memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya.
No comments:
Post a Comment