“Wahai
saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong.
Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan
engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi
berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil
tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang
Orang
yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan
malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada
setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada
mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya
dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar
Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi
itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa
berkata apa-apa.
Pengemis
buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu
berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan
makanan ke mulutnya.
Perbuatan
baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan
baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu
setiap pagi.
Pada
satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga
merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai
anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”,
tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku,
boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan
kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang
tersedia.
“Apakah
dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap
pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu
sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian
Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada
pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan
nasib pengemis itu.
“Kalau
begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi.
Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,”
beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada
keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa
yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas
mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu
Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei…
Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu
Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra
itu seperti kebiasaan.
“Akulah
orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil
memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan!
Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu
lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan
menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku
terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil
menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya,
aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah
sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil
mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi
ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia
ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku
yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan
pengemis itu berpuas hati.
“Dia
Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa
kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda,
barulah dia bersuara.
“Benarkah
dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya
seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya
benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama
ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah
memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan
lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun
kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
“Dia
memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia
itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu
Bakar ra.
“Kalau
begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan
aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas
peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar
ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui
ke-Esaan Allah..
No comments:
Post a Comment