'Auj
bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh
badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat
menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak
dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung.
Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk
menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah
atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah
penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.
Apabila
Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk
membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk
memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa
tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia
mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya
supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum
sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada
askar-askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan
membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj.
Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh
'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian
itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.
Dikatakan
bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya
juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai
mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan
akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta
memiliki kekuatan yang hebat.
No comments:
Post a Comment