Ismail berusia belia
ketika memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t. Ibunya membawanya dan
menidurkannya di atas tanah, yaitu tempat yang sekarang kita kenal dengan nama
telaga zamzam dalam Ka'bah. Saat itu tempat yang dihuninya sangat tandus dan
belum terdapat telaga yang memancar dari bawah kakinya. Tidak ada di sana
setitis air pun. Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya, Hajar, bersama anaknya
yang kecil. "Wahai Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami
di lembah yang kering ini?" Kata Hajar. "Wahai Ibrahim di mana engkau
akan pergi dan membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana engkau akan pergi?"
Si ibu mengulang-ulang apa yang dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan
tidak menjawab. Kita tidak mengetahui secara pasti bagaimana perasaan Nabi
Ibrahim saat meninggalkan mereka berdua di suatu lembah yang tidak ada di
alamnya tumbuh-tumbuhan dan minuman. Namun Allah s.w.t telah memerintahkannya
untuk tinggal di lembah itu. Dengan lapang dada Nabi Ibrahim melaksanakan
perintah Allah s.w.t.
Dalam kisah-kisah
israiliyat (kisah-kisah palsu yang dibuat oleh Bani Israil) disebutkan bahawa
isteri pertamanya, Sarah, tampak cemburu pada Hajar, isteri keduanya, sehingga
kerananya Nabi Ibrahim harus menjauhkannya beserta anaknya. Kami percaya bahawa
kisah ini palsu dan penuh dengan kebohongan. Jika kita mengamati keperibadian
Nabi Ibrahim, maka kita mengetahui bahawa beliau tidak akan mendapat perintah
dari seorang pun selain Allah s.w.t.
Kami tidak meyakini bahawa
beliau terperangkap dalam perasaan kecemburuan feminisme dan kami juga tidak
percaya bahawa beliau sengaja membangkitkan perasaan ini. Kami tidak mengira
bahawa peribadi Sarah yang mulia akan terpedaya dengan sikap egoisme. Bukankah
ia sendiri yang menikahkan Nabi Ibrahim dengan Hajar, pembantunya agar ia
mendapatkan keturunan? Ia menyedari bahawa dirinya wanita tua dan mandul. Ia
sendiri yang menikahkannya dan membantu pelaksanaannya. Ia telah memberikan dan
mengabdikan dirinya kepada seorang lelaki yang hatinya tiada dipenuhi dengan
cinta kepada siapa pun kecuali cinta kepada Penciptanya.
Allah s.w.t berfirman
tentang Sarah dan Hajar:
"Rahmat Allah dan
keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai ahlul bait! Sesungguhnya Allah Maha
Terpuji lagi Maha Pemurah.
(QS. Hud: 73)
Jadi, masalahnya adalah
bukan masalah kecemburuan antara sesama wanita, namun ia adalah tugas yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t yang di dalamnya tersembunyi hikmah-Nya.
Barangkali Sarah lebih hairan daripada Hajar ketika Nabi Ibrahim
memerintahkannya untuk membawa anaknya Ismail dan mengikutinya. "Ke mana
engkau hai Ibrahim pergi?" Mungkin pertama-tama Hajar yang bertanya
kepadanya dan mungkin juga Sarah yang bertanya. Nabi Ibrahim hanya terdiam dan
akhirnya kedua wanita itu pun juga terdiam.
Di sana terdapat hikmah
yang tersembunyi di mana Nabi Ibrahim tidak mengetahuinya dan Allah s.w.t tidak
menjelaskan kepadanya. la tidak mengetahui hai itu sebagaimana mereka berdua
juga tidak mengetahuinya. Jadi kedua-duanya hanya terdiam sebagai bentuk akhlak
dari isteri-isteri nabi. Inilah Hajar yang sendirian bersama anaknya di lembah
yang terasing dan tandus, di mana ia tidak mengetahui rahsia di balik tempat
itu. Inilah Ismail yang memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t saat masih
menyusui. Ia mengalami ujian saat masih kecil dan juga ujian bagi ayahnya, di
mana ia mendapatkan seorang anak saat sudah tua. Nabi Ibrahim menyedari bahawa
manusia tidak memiliki sesuatu pun dalam dirinya. Dan seseorang yang cinta
kepada Allah s.w.t akan memberikan dirinya kepada Allah s.w.t dan akan memberikan
apa yang di sukai oleh dirinya kepada Allah s.w.t tanpa harus diminta. Itu
adalah hukum cinta yang dalam. Kami tidak percaya bahawa Nabi Ibrahim
mengetahui mengapa ia harus meninggalkan Ismail dan ibunya di tempat itu. Kami
tidak mengira bahawa Allah s.w.t telah memberitahunya. Allah s.w.t hanya
menurunkan perintah dan Ibrahim hanya menaatinya. Di sinilah tampak kerasnya
ujian dan kesulitannya. Di sinilah cinta yang paling dalam diungkapkan, dan di
sinilah cinta yang murni dituangkan.
Allah s.w.t menguji
kekasih-Nya Ibrahim dengan suatu ujian yang sangat keras, di mana umumnya para
orang tua berat sekali melakukannya. Bukan bererti bahawa cinta Allah s.w.t
kepada Ibrahim dan cinta Ibrahim kepada-Nya menjadikan Ibrahim tidak memiliki
perasaan kemanusiaan. Kekuatan cintanya pada Allah s.w.t justru menjadikan
sebagai lautan dari perasaan kemanusiaan, bahkan lautan yang tidak bertepi.
Perasaan beliau terhadap Ismail lebih besar, lebih lembut, dan lebih sayang
dari perasaan ayah mana pun terhadap anaknya. Meskipun demikian, beliau rela
meninggalkannya di tempat yang tandus kerana Allah s.w.t memerintahkan hal
tersebut. Terjadilah pergelutan dalam dirinya namun ia mampu melewati ujiannya
dan beliau memilih cinta Allah s.w.t daripada cinta anaknya.
Ketika Nabi Ibrahim
menampakkan kecintaan yang luar biasa dari yang seharusnya kepada anaknya, maka
Allah s.w.t memerintahkannya untuk menyembelihnya. Allah s.w.t agar hanya Dia
yang menjadi pusat cinta para nabi-Nya. Barang siapa yang mencintai Allah
s.w.t, maka ia pun harus mencintai kebenaran dan orang yang mencintai kebenaran
adalah orang memenuhi hatinya dengan cinta kepada Penciptanya semata. Ismail
mewarisi kesabaran ayahnya. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t sebelumnya:
"Ya Tuhanku,
anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang
soleh"
(QS. ash-Shaffat: 100)
Allah s.w.t menjawab:
"Maka Kami beri dia
khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar."
(QS. ash-Shaffat: 101)
Kesabaran yang sama yang
terdapat pada ayahnya, kebaikan yang sama, ketakwaan yang sama, dan adab
kenabian yang sama pula. Ismail mendapatkan ujian yang pertama saat beliau
kecil dan ujian itu berakhir saat Allah s.w.t memancarkan zamzam dari kedua
kakinya sehingga darinya ibunya minum dan menyusuinya. Kemudian Ismail
mendapatkan ujian yang kedua dalam hidupnya saat ia menginjak masa muda:
"Maka tatkala anak itu
sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai
anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka
fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang
yang sabar.'"
(QS. ash-Shaffat: 102)
Apa yang Anda kira
terhadap jawapan si anak? Ia tidak bertanya tentang sifat dari mimpi itu, dan
ia tidak berdebat dengan ayahnya tentang kebenaran mimpi itu, tetapi yang
dikatakannya: "Wahai ayahku laksanakanlah apa yang diperintahkan.
"Janganlah engkau gelisah kerana aku dan janganlah engkau menampakkan kesedihan
dan keluh-kesah. "Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang
sabar." Demikianlah jawapan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya yang
soleh. Itulah puncak dari kesabaran dari seorang anak dan tentu orang tuanya
lebih harus bersabar. Itu bagaikan perlumbaan di antara keduanya untuk menguji
siapa di antara mereka yang paling sabar. Perlumbaan yang tujuannya adalah
meraih cinta Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai
Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang
rasul dan nabi. Dan ia menyuruh keluarganya untuk bersembahyang dan menunaikan
zakat, dan ia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya."
(QS. Maryam: 54-55)
·
Baitullah
Ismail hidup di
semenanjung Arab sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Ismail memelihara kuda dan
terhibur dengannya serta memanfaatkannya untuk keperluannya. Sedangkan air
zamzam sangat membantu orang- orang yang tinggal di daerah itu. Kemudian sebahagian
kafilah menetap di situ dan sebahagian kabilah tinggal di tempat itu. Nabi
Ismail tumbuh menjadi dewasa dan menikah. Lalu ayahnya, Nabi Ibrahim,
mengunjunginya dan tidak menemukannya dalam rumah namun ia hanya mendapati
isterinya. Nabi Ibrahim bertanya kepadanya tentang kehidupan mereka dan keadaan
mereka. isterinya mengadukan padanya tentang kesempitan hidup dan kesulitannya.
Nabi Ibrahim berkata padanya: "Jika datang suamimu, maka perintahkan
padanya untuk mengubah gerbang pintunya."
Ketika Nabi Ismail datang,
dan isterinya menceritakan padanya perihal kedatangan seorang lelaki, Ismail
berkata: "Itu adalah ayahku dan ia memerintahkan aku untuk meninggalkanmu,
maka kembalilah engkau pada keluargamu." Kemudian Nabi Ismail menikahi
wanita yang kedua. Nabi Ibrahim mengunjungi isteri keduanya dan bertanya
kepadanya tentang keadaannya. Lalu ia menceritakan padanya bahawa mereka dalam
keadaan baik-baik dan dikurniai nikmat. Nabi Ibrahim puas terhadap isteri ini
dan memang ia sesuai dengan anaknya. Barangkali Nabi Ibrahim menggunakan
kemampuan spirituilnya dan cahaya yang mampu menyingkap keghaiban yang
dimilikinya. Nabi Ibrahim menyiapkan Ismail untuk mengembang tugas yang besar.
Yaitu tugas yang membutuhkan kerja keras kemanusiaan seluruhnya dan waktunya seluruhnya
serta kenyamanannya seluruhnya.
Ismail menjadi besar dan
mencapai kekuatannya. Nabi Ibrahim mendatanginya. Tibalah saat yang tepat untuk
menjelaskan hikmah Allah s.w.t yang telah terjadi dari perkara-perkara yang
samar. Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: "Wahai Ismail, sesungguhnya
Allah s.w.t memerintahkan padaku suatu perintah" ketika datang perintah
pada Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya, beliau menjelaskan kepadanya persoalan
itu dengan gamblang. Dan sekarang ia hendak mengemukakan perintah lain yang
sama agar ia mendapatkan keyakinan bahawa Ismail akan membantunya. Kita di
hadapan perintah yang lebih penting daripada penyembelihan. Perintah yang tidak
berkenaan dengan peribadi nabi tetapi berkenaan dengan makhluk.
Ismail berkata:
"Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu padamu." Nabi Ibrahim
berkata: "Apakah engkau akan membantuku?" Ismail menjawab: "Ya,
aku akan membantumu." Nabi Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t
memerintahkan aku untuk membangun rumah di sini." Nabi Ibrahim mengisyaratkan
dengan tangannya dan menunjuk suatu bukit yang tinggi di sana.
Selesailah pekerjaan itu.
Perintah itu telah dilaksanakan dengan berdirinya Baitullah yang suci. Itu
adalah rumah yang pertama kali dibangun untuk manusia di bumi. Ia adalah rumah pertama
yang di dalamnya manusia menyembah Tuhannya. Dan kerana Nabi Adam adalah
manusia yang pertama turun ke bumi, maka keutamaan pembangunannya kembali
padanya. Para ulama berkata: "Sesungguhnya Nabi Adam membangunnya dan ia
melakukan tawaf di sekelilingnya seperti para malaikat yang tawaf di sekitar
Arasy Allah s.w.t.
Nabi Adam membangun suatu
khemah yang di dalamnya ia menyembah Allah s.w.t. Adalah hal yang biasa bagi
Nabi Adam - sebagai seorang Nabi - untuk membangun sebuah rumah untuk
menyembah Allah s.w.t. Tempat itu dipenuhi dengan rahmat. Kemudian Nabi Adam
meninggal dan berlalulah abad demi abad sehingga rumah itu hilang dan
tersembunyi tempatnya. Maka Nabi Ibrahim mendapatkan perintah dari Allah s.w.t
untuk membangun kedua kalinya agar rumah itu tetap berdiri sampai hari kiamat
dengan izin Allah s.w.t. Nabi Ibrahim mulai membangun Ka'bah. Ka'bah adalah
sekumpulan batu yang tidak membahayakan dan tidak memberikan manfaat. Ia tidak
lebih dari sekadar batu. Meskipun demikian, ia merupakan simbol tauhid Islam
dan tempat penyucian kepada Allah s.w.t. Nabi Adam memiliki tauhid yang tinggi
dan Islam yang mutlak. Nabi Ibrahim pun termasuk seorang Muslim yang tulus dan
ia bukan termasuk seorang musyrik.
Batu-batu rumah itu telah
dibangun dari ketenteraman hati Nabi Adam dan kedamaian Nabi Ibrahim serta
cintanya dan kesabaran Nabi Ismail serta ketulusannya. Oleh kerana itu, ketika
Anda memasuki Masjidil Haram Anda akan merasakan suatu gelombang kedamaian yang
sangat dalam. Terkadang pada kali yang pertama engkau melihat dirimu dan tidak
melihat rumah dan pemeliharanya. Dan barangkali engkau melihat rumah pada kali
yang kedua namun engkau tidak melihat dirimu dan Tuhanmu. Ketika engkau pergi
ke haji engkau tidak akan melihat dirimu dan rumah itu yang engkau lihat hanya
pemelihara rumah itu. Ini adalah haji yang hakiki. Inilah hikmah yang pertama
dari pembangunan Ka'bah.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika
Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar baitullah bersama Ismail (seraya
berdoa): 'Ya Tuhan kami terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah
kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di
antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah
kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat
kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya
Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka
al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "
(QS. al-Baqarah:
127-129)
Ka'bah terdiri dari
batu-batuan yang ada di bumi di mana ia dijadikan pondasi oleh Nabi Ibrahim dan
Ismail. Sejarah menceritakan bahawa ia pernah dihancurkan lebih dari sekali
sehingga ia pun beberapa kali dibangun kembali. Ia tetap berdiri sejak masa
Nabi Ibrahim sampai hari ini. Dan ketika Rasulullah saw diutus - sebagai
bukti pengabulan doa Nabi Ibrahim - beliau mendapat Ka'bah dibangun terakhir
kalinya, dan tenaga yang dicurahkan oleh orang-orang yang membangunnya sangat
terbatas di mana mereka tidak menggali dasarnya sebagaimana Nabi Ibrahim
menggalinya. Dari sini kita memahami bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
mencurahkan tenaga keras yang tidak dapat ditandingi oleh ribuan laki-laki.
Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kalau bukan kerana kedekatan kaum dengan
masa jahiliah dan kekhuatiran orang- orang akan menuduhnya dengan berbagai
tuduhan jika beliau menghancurkannya dan membangunkannya kembali, nescaya
beliau ingin merobohkannya dan mengembalikannya ke pondasi Nabi Ibrahim.
Sungguh kedua nabi yang
mulia itu telah mencurahkan tenaga keras dalam membangunnya. Mereka berdua
menggali pondasi kerana dalamnya tanah yang di bumi. Mereka memecahkan
batu-batuan dari gunung yang cukup jauh dan dekat, lalu setelah itu
memindahkannya dan meratakannya serta membangunnya. Tentu hal itu memerlukan
tenaga keras dari beberapa lelaki tetapi mereka berdua membangunnya
bersama-sama. Kita tidak mengetahui berapa banyak waktu yang digunakan untuk
membangun Ka'bah sebagaimana kita tidak mengetahui waktu yang digunakan untuk
membuat perahu Nabi Nuh. Yang penting adalah, bahawa perahu Nabi Nuh dan Ka'bah
sama-sama sebagai tempat perlindungan manusia dan tempat yang membawa keamanan
dan kedamaian. Ka'bah adalah perahu Nabi Nuh yang tetap di atas bumi selama-lamanya.
Ia selalu menunggu orang-orang yang menginginkan keselamatan dari kedahsyatan
angin taufan yang selalu mengancam setiap saat.
Allah s.w.t tidak
menceritakan kepada kita tentang waktu pembangunan Ka'bah. Allah s.w.t hanya
menceritakan perkara yang lebih penting dan lebih bermanfaat. Dia menceritakan
tentang kesucian jiwa orang-orang yang membangunnya dan doa mereka saat
membangunnya:
"Tuhan kami,
terimalah dari hand (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui. "
(QS. al- Baqarah: 127)
Itulah puncak keikhlasan
orang-orang yang ikhlas, ketaatan orang-orang yang taat, ketakutan orang-orang
yang takut, dan kecintaan orang-orang yang mencintai:
"Ya Tuhan kami,
jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah)
di antara cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau."
(QS. al-Baqarah: 128)
Sesungguhnya kaum Muslim
yang paling agung di muka bumi saat itu, mereka berdoa kepada Allah s.w.t agar
menjadikan mereka termasuk orang-orang yang berserah diri pada-Nya. Mereka
mengetahui bahawa hati manusia terletak sangat dekat dengan ar-Rahman (Allah
s.w.t). Mereka tidak akan mampu menghindari tipu daya Allah s.w.t. Oleh kerana
itu, mereka menampakkan kemurnian ibadah hanya kepada Allah s.w.t, dan mereka
membangun rumah Allah s.w.t serta meminta pada- Nya agar menerima pekerjaan
mereka.
Selanjutnya, mereka
meminta Islam (penyerahan diri) pada-Nya dan rahmat yang turun pada mereka di
mana mereka memohon kepada Allah s.w.t agar memberi mereka keturunan dari umat
Islam. Mereka ingin agar jumlah orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang
sujud dan rukuk semakin banyak. Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
menyingkap isi had seorang mukmin. Mereka membangun rumah Allah s.w.t dan pada
saat yang sama mereka disibukkan dengan urusan akidah (keyakinan). Itu
mengisyaratkan bahawa rumah itu sebagai simbol dari akidah.
"Dan tunjukkanlah
kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat
kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
"
(QS. al-Baqarah: 128)
Perlihatkanlah kepada kami
cara ibadah yang Engkau sukai. Perlihatkanlah kepada kami bagaimana kami
menyembah-Mu di bumi. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha
Penerima taubat dan Maha Penyayang. Setelah itu, kepedulian mereka melampaui
masa yang mereka hidup di dalamnya. Mereka berdoa kepada Allah s.w.t:
"Ya Tuhan kami,
utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan
kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab
(Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "
(QS. al-Baqarah: 129)
Akhirnya, doa tersebut
terkabul ketika Allah s.w.t. mengutus Muhammad bin Abdullah saw. Doa tersebut
terwujud setelah melalui masa demi masa. Selesailah pembangunan Ka'bah dan Nabi
Ibrahim menginginkan batu yang istimewa yang akan menjadi tanda khusus di mana
tawaf di sekitar Ka'bah akan dimulai darinya. Ismail telah mencurahkan tenaga
di atas kemampuan manusia biasa. Beliau bekerja dengan sangat antusias sebagai
wujud ketaatan terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau kembali, Nabi Ibrahim
telah meletakkan Hajar Aswad di tempatnya. "Siapakah yang mendatangkannya
(batu) padamu wahai ayahku?" Nabi Ibrahim berkata: "Jibril as yang
mendatangkannya." Selesailah pembangunan Ka'bah dan orang- orang yang
mengesakan Allah s.w.t serta orang-orang Muslim mulai bertawaf di sekitarnya.
Nabi Ibrahim berdiri dalam keadaan berdoa kepada Tuhannya sama dengan doa yang
dibacanya sebelumnya, yaitu agar Allah s.w.t menjadikan had manusia cenderung
pada tempat itu:
"Maka jadikanlah
hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka. "
(QS. Ibrahim: 37)
Kerana pengaruh doa
tersebut, kaum Muslim merasakan kecintaan yang dalam untuk mengunjungi Baitul
Haram. Setiap orang yang mengunjungi Masjidil Haram dan kembali ke negerinya ia
akan merasakan kerinduan pada tempat itu. Semakin jauh ia, semakin meningkat
kerinduannya padanya. Kemudian, datanglah musim haji pada setiap tahun, maka
hati yang penuh dengan cinta pada Baitullah akan segera melihatnya dan rasa
hausnya terhadap telaga zamzam akan segera terpuaskan. Dan yang lebih penting
dari semua itu adalah cinta yang dalam terhadap Tuhan, Baitullah dan telaga
zamzam yaitu, Tuhan alam semesta. Allah s.w.t berfirman berkenaan dengan
orang-orang yang mendebat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail:
"Ibrahim bukan seorang
Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang
lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk
golongan orang-orang musyrik. "
(QS. Ali 'Imran: 67)
Allah s.w.t mengabulkan
doa Nabi Ibrahim dan beliau yang pertama kali menamakan kita sebagai
orang-orang Muslim. Allah s.w.t berfirman:
"Dan Dia
sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian
orang-orang Muslim dan dahulu. "
(QS. al- Hajj: 78)
No comments:
Post a Comment