Allah
s.w.t berfirman:
"Dan
ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam
Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi."
(QS. Maryam:
56-57)
Kita
tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan
bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.
Menurut
dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang
pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya
memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak
memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat kami percaya untuk meneguhkan
pendapat seputar Nabi Idris.
Barangkali
Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu
Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika
beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan
kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar
kisah itu.
Yang
jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan
Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur,
yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang
tinggi di sisi-Nya. ?
·
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu
ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi
Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut
nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk
menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai
Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata
Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris
"Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian
Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah
aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak
akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi
wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka
seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat
Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah
menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian
Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.
Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana
rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa
sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya
(dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut
bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata
Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang
seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada
Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau
iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada
Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan
kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata
Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin
Allah".
Mala
Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau
ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke
Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam
seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu,
rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang
menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka
tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut.
"Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin
melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka
Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga
tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi
berdua dan berhenti dekat pintu syurga.
Maka
Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar
lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta
buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata
"Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah
melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab
neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk
masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di
tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka
Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah
meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke
dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga.
Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar
saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke
dalam syurga," maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi
dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar
dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi
Idris pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang
mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan
Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian
kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka
dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu
dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).
"Siapakah
yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu
kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya
Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi
Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan
Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam
firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam
kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."
No comments:
Post a Comment