Sejumlah
ayat-ayat al-Quran telah memaparkan kisah dan cerita para nabi serta hayat
kehidupan mereka. kerana di sebalik kisah-kisah tersebut tersimpan
pelajaran-pelajaran berharga dan kisah-kisah tersebut pada hakikatnya adalah
harta simpanan yang memiliki banyak rahsia dan misteri, ayat-ayat tersebut
telah mendapatkan perhatian dari para sejarawan, penulis buku sejarah dan
kisah-kisah para nabi as dan para peneliti kajian agama secara istimewa. Setiap
dari mereka telah mengambil pengetahuan sesuai dengan kemampuan masing-masing
dari mata air segar itu.
Sebelum
kami memaparkan kisah-kisah para nabi a.s. dengan berlandaskan al-Quran, perlu
kiranya kami kemukakan terlebih dahulu satu mukadimah penting yang dapat kita
jadikan acuan dalam menelaah kisah-kisah para nabi a.s. di dalam al-Quran.
Mukadimah
ini akan memaparkan pembahasan-pembahasan berikut ini:
Pertama,
titik perbezaan antara kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain.
Kedua,
tujuan kisah-kisah al-Quran.
Ketiga,
faktor pengulangan dalam kisah-kisah al-Quran.
·
Perbedaan antara Kisah-kisah Al-Quran dan Kisah-kisah
Lain
Secara
dasar, kisah-kisah al-Quran sangat berbeda dengan kisah-kisah lainnya dari
berbagai segi dan sisi. Akan tetapi, dapat dikatakan bahawa titik pembeza
paling mustahak antara kedua jenis kisah itu adalah tujuan yang hendak
dicapainya. Pada hakikatnya, tujuan itulah yang menjadi pembeza utama antara
kedua jenis kisah itu.
Setiap
orang yang ingin menceritakan atau menulis sebuah cerita, ia pasti memiliki
sebuah tujuan yang ingin dicapainya. Sebahagian orang sangat meminati seni
cerita kerana unsur seninya belaka. Dengan kata lain, ia menekuni bidang seni
ini supaya bakat seninya bertambah maju dan berkembang pesat. Sebahagian yang
lain menekuni bidang seni ini dengan tujuan hanya ingin mengisi kekosongan
waktunya. Dan kelompok ketiga menelusuri kehidupan seni hanya ingin mengetahui
dan menukil biografi dan sejarah generasi yang telah lalu (seperti saya dan
saudara).
Ringkasnya,
setiap orang menekuni seni cerita ini atas dasar faktor dan dorongan tertentu,
serta ingin mencapai tujuan yang diinginkannya. Hal itu dikeranakan seni cerita
memiliki daya tarik khusus yang tidak dimiliki oleh seni-seni lainnya.
Al-Quran
pun tidak luput dari kaedah di atas. Ia pun memiliki tujuan tertentu dalam
kisah-kisah yang dipaparkannya. Yang pasti, tujuannya di balik pemaparan
kisah-kisah itu tidak terlepas dari tujuan universalnya. Yaitu, hidayah
dan memberikan petunjuk kepada umat manusia, mendidik mereka secara benar dalam
setiap sisi kehidupan, mengadakan reformasi sosial secara mendasar, dan
akhirnya menciptakan individu dan masyarakat yang soleh, berkeperibadian Ilahi,
dan beriman.
·
Tujuan Kisah-kisah Al-Quran
Jika
kita menelaah kisah-kisah al-Quran dengan saksama, kita akan memahami bahawa
dengan perantara kisah-kisah itu Allah ingin menyampaikan inti penting yang
dikemas dalam bentuk cerita dan kisah. Di antara tujuan-tujuan itu adalah
sebagai berikut ini:
a.
Membuktikan kewahyuan al-Quran dan kebenaran misi Nabi Muhammad s.a.w.; semua
yang disampainya adalah wahyu yang turun dari Allah demi membimbing umat
manusia ke jalan yang lurus. Dengan memperhatikan kecermatan dan kejujuran
al-Quran dalam menukil kisah-kisah itu, kewahyuannya akan dapat dibuktikan.
Al-Quran sendiri telah mengisyaratkan hal ini ketika ia menukil kisah-kisah
para nabi, baik di permulaan maupun di akhir kisah. Ia berfirman,
“Kami
akan menceritakan kepadamu cerita terbaik dengan apa yang telah Kami wahyukan
al-Quran ini kepadamu meskipun sebelumnya engkau termasuk di antara orang-orang
yang lupa (baca : tidak mengenal kisah itu)”.
(Q.S.
Yusuf [12] : 3)
Setelah
menukil kisah Nabi Hud as, Ia berfirman,
“Itu
semua termasuk dari berita-berita ghaib (yang) Kami wahyukan kepadamu. Sebelum
ini, engkau dan kaummu tidak mengetahuinya. Maka, bersabarlah! kerana masa
depan berada di tangan orang-orang yang bertakwa”.
(Q.S.
Hûd [11] : 49)
b.
Membuktikan kesatuan agama dan akidah seluruh nabi a.s.. kerana mereka semua
datang dari Allah, intisari dakwah mereka adalah satu dan mereka mengajak umat
manusia kepada satu tujuan. Dengan mengingatkan kembali tujuan yang satu ini,
di samping ingin menegaskan kesatuan akar dakwah seluruh agama dan umat
manusia, al-Quran juga ingin menekankan bahawa intisari dakwah para nabi as
tidak berbeza antara satu dengan lainnya.
Tujuan
ini telah sering diisyaratkan dalam beberapa ayat al-Quran. Realiti ini dapat
kita telaah dalam surah al-A’râf [7] : 59, 65, 73, dan 85.
Sebagai contoh,
Allah berfirman,
“Kami
telah mengutus Nuh kepada kaumnya. Lalu, ia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah
Allah, tiada Tuhan bagi kalian selain-Nya. Sesungguhnya aku takut azab yang
besar terhadap kalian”.
(Q.S.
Al-A’râf [7] : 59)
Menyembah
Allah adalah satu tujuan yang diproklamirkan oleh seluruh nabi dan rasul as.
c.
Menjelaskan kesatuan tatacara dan saranan para nabi as dalam berdakwah,
kesatuan sikap mereka dalam menghadapi masyarakat, bagaimana sikap masyarakat
dalam menanggapi ajakkan mereka, dan kesamaan adat-istiadat yang berlaku di
dalam masyarakat ketika mereka mulai berdakwah.
Realiti ini dapat
kita telaah bersama dalam surah Hûd [11] : 25, 27, 50, dan 61.
d.
Menceritakan pertolongan-pertolongan Ilahi terhadap para nabi a.s. dan
menekankan realiti bahawa peperangan ideologi itu pasti berakhir dengan
kemenangan di pihak para penolong Allah. Dengan demikian, para nabi a.s. akan
semakin tegar dalam menjalankan misi mereka, dan para pengikut mereka akan
lebih bersemangat untuk mengembang misi tersebut. Realiti ini dapat kita
renungkan bersama dalam surah al-‘Ankabût [29] : 14-16, 28, 34, 37, 38, 39, dan
40.
e.
Membenarkan khabar-khabar gembira dan peringatan- peringatan Ilahi secara nyata
dengan memberikan contoh-contoh nyata tentang hal itu. Semua itu adalah suatu
implementasi dari rahmat Ilahi bagi orang-orang yang taat dan azab Ilahi bagi
para pembangkang.
f.
Menjelaskan rahmat dan nikmat Ilahi yang telah dicurahkan atas para nabi a.s.
sebagai hasil kedekatan hubungan mereka dengan Allah. Sebagai contoh, hal ini
dapat kita temukan dalam kisah Nabi Sulaiman, Daud, Ibrahim, Isa, Zakaria, dan
lain-lain.
g.
Mengemukakan permusuhan kuno syaitan terhadap umat manusia di mana ia selalu
menanti kesempatan untuk menyesatkannya. Kisah Nabi Adam a.s. adalah sebuah
contoh riil untuk hal ini.
·
Faktor Pengulangan Kisah-kisah Al-Quran
Salah
satu pembahasan penting yang mungkin sering kita pertanyakan setiap kali kita
menelaah kisah-kisah al-Quran adalah mengapa sebahagian kisah al-Quran diulangi
dalam surah yang lain?
Untuk menjawab
pertanyaan itu, perlu kita perhatikan dua faktor berikut ini:
a.
Tujuan yang berbeza menuntut pengulangan kisah. Setiap kisah yang disebutkan
dalam sebuah surah al-Quran tentunya demi mencapai sebuah tujuan tertentu.
kerana terdapat tujuan lain yang berbeza dengan tujuan tersebut, hal itu
menuntut supaya kisah itu diulangi lagi di surah lain demi mencapai tujuan yang
lain pula. Oleh kerana itu, jika satu tujuan telah menjadi faktor untuk sebuah
kisah supaya disebutkan pada sebuah surah, faktor lain yang berbeza dapat
menjadi faktor tersendiri untuk kisah itu supaya disebutkan lagi di surah yang
lain.
b.
Kerana dakwah Islam melalui sesi yang berjenjang dan berbeza- beza, dan
al-Quran juga turun sesuai dengan tuntutan setiap sesi dakwah itu, secara logik
kisah yang terdapat di dalamnya sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai dalam
setiap sesi dakwah itu akan mengalami pengulangan dalam beberapa surah.
No comments:
Post a Comment