Yunus
bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah
di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana
semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.
Nabi
Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah
dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan
keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan
mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia.
Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi
apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi
Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan
manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.
Oleh
kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai
manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang
di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus
memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah
Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah
tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama
kami".
Nabi
Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan
kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang
aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku
ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya
menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta
menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan
membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di
dunia dan di akhirat."
Walaupaun
Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal
jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun
kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan
kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu
cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang
benar."
Setelah
Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka
Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa
kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya.
Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang
berlaku di tempat tinggal masing-masing.
Penduduk
melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti
tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh
yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka
bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan
bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar
beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah
s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.
Allah
s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka
Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar
menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali
tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang
telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah
meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.
Baginda
naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di
pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka
dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya.
Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam
pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang
kuat.
Oleh
itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah
dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah
dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus
dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan
disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi
Yunus tetap terpilih.
Maka
mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah
kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana
tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah
disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus
beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang
bergelombang ganas.
Ketika
Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah s.w.t mengarahkan
seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan nun yang
muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada
cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada
Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa:
"Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, mahasuci
Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."
Maka
Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan.
Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya:
"Nama
tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya.
Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi
Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana
dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya
tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."
Setelah
beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun
melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah
menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat
pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke
darat keadaannya amat letih.
Setelah
Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya
kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang
menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk
menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk
Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah
tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.
No comments:
Post a Comment