Dalam
sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya
namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada
langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-
Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya
disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ke tujuh
namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia
(iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud
kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya
daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada
api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu
Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka
dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia
berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika
para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud
sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali
kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri
tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin
mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian
Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan
kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti
kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang
ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah
pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek
tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring
babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah
itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke
beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi.
Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.
Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai
sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat
dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi,
tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika
Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail.
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu
menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah
aman dari tipu dayamu."
Firman
Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak
aman dari tipu dayaku."
Setelah
diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir
aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."
Lalu
Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni
atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata
lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman
yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali
tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata
iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah
berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau
berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Berkata
iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah
berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka
pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong
menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang
berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong
mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan
pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara
mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa
haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama
mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang
batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan- perbuatan yang jahat dan
berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64
yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka
dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda
dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka
melainkan (semata-mata) tipuan."
No comments:
Post a Comment