Suatu
ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada
suhuf Nabi Allah Musa a.s.
Rasulullah
s.a.w berkata, "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :
1.
Aku hairan pada
orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati
dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan
gembira di dunia (tidak membuat persediaan).
2. Aku hairan kepada
orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa
mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).
3.
Aku hairan pada
orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan
buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"
Rasulullah
s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata,
"Antara kandungannya ialah :
1.
Wahai anak Adam,
janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal
abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.
2.
Wahai anak Adam,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari
itu janganlah kamu mensia- siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur saja).
3.
Wahai anak Adam,
Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah
kamu cemas akan rezekimu untuk esok.
4.
Wahai anak Adam,
sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu
mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki
yang telah ditentukan untukmu.
5.
Wahai anak Adam,
sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka
kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha
dengan apa- apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia
sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang
panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan
memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di
dalam golongan orang yang tercela di sisiKu.
No comments:
Post a Comment