Dikisahkan
dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s
berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila
pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya
maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar
Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata
Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat
Jarrah itu."
Berkata
pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu
Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana
keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa
a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya
kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya
berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi
Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan
berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila
dan kini berada di atas gunung.
Setelah
Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada
Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda
itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat
melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di
atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi
Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu
tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa
a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai
Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu
terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan
Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak
mengetahuinya."
·
Pengajaran
Barangsiapa
yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang
lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir
kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam
beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan
yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah
S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan
lupa kepada yang lima :
1.
Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2.
Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3.
Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4.
Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5.
Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
No comments:
Post a Comment