Ketika
Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi
Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya
dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam
sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi
Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah
batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian
Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang
baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit,
tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi
Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim
a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya
beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu
dapat batu ini?"
Nabi
Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan
cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi
Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa
saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum
muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah
dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada
riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi
akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam
seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila
manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu
merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana,
Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu
mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan
kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah
kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar
Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan
aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan
melakukan (mencium Hajar Aswad)."
No comments:
Post a Comment