Beliau adalah Nabi yang
mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw berkata: "Janganlah
kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata."
Mereka menamakannya Yunus,
Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah
s.w.t kepada kaumnya. Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan
kebenaran dan kebaikan; beliau mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat
dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan
syurga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya
menyembah kepada Allah s.w.t.
Nabi Yunus senantiasa
menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka.
Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau merasakan keputusasaan
dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah pada mereka namun mereka
tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk
meninggalkan mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu dalam firman- Nya:
"Dan (ingatlah kisah)
Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa
Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan
yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain
Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
zalim.'"
(QS. al-Anbiya': 87)
Tidak ada seorang pun yang
mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi Yunus selain Allah s.w.t. Nabi
Yunus tampak terpukul dan marah pada kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau
meninggalkan kaumnya. Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat
memindahkannya ke tempat yang lain. Allah s.w.t belum mengeluarkan
keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya.
Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya
kerana ia meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi Yunus seakan-akan lupa bahawa
seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t. Namun
keberhasilan atau tidak keberhasilan dakwah tidak menjadi tanggungjawabnya.
Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah s.w.t dan menyerahkan sepenuhnya
masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya terhadap Allah s.w.t semata.
Terdapat perahu yang
berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak akan tenggelam. Ombak
memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil
sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang
dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan
menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus
merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya ikan
itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus
mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya.
Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.
Nabi Yunus pun menaiki
perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak mengetahui bahawa beliau
lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau
tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi bawaan atau perbekalan, dan
tidak ada seorang pun dari teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar
sendirian; beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.
Si nahkoda perahu bertanya
kepadanya: "Apa yang engkau inginkan?" Mendengar pertanyaan itu, Nabi
Yunus pun bangkit: "Saya ingin untuk bepergian dengan perahu-perahu
kalian. Apakah kita berlayar dalam waktu yang lama?" Nabi Yunus
menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa takut, dan kegelisahan. Nahkoda
itu berkata sambil mengangkat kepalanya: "Kita akan berlayar meskipun air
tampak sedang pasang." Nabi Yunus berkata dengan mencoba sabar dan
menyembunyikan kegelisahannya: "Tidakkah engkau mendahului agar jangan sampai
pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si nahkoda berkata: "Laut kita
biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika melihat seorang
musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi bersama kalian
dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda menjawab: "Kami tidak
menerima ongkos selain emas." Yunus berkata: "Tidak jadi
masalah."
Nahkoda itu memperhatikan
Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang berpengalaman di mana ia sering
mondar-mandir dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Seringnya ia
mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang lelaki yang
mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahawa
Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahawa Nabi Yunus
melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan kesalahan
kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta
kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga kali lipat dari vang
biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam dadanya
dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan kuat untuk meninggalkan
negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda.
Nahkoda itu memperhatikan
kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya dan ia menggigit sebagaiannya dengan
giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak
menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua itu sementara dadanya
tampak terombang-ambing: terkadang naik dan terkadang turun laksana ayunan.
Nabi Yunus berkata: "Tuanku tentukan bagiku kamarku. Aku tampak letih dan
ingin istirahat sebentar." Si nahkoda berkata: "Memang itu tampak di
raut wajahmu. Itu kamarmu," sambil ia menunjuk dengan tangannya. Kemudian
Nabi Yunus membaringkan diri di atas kasur dan beliau berusaha untuk tidur
tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan kecil yang hancur berbenturan
dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur dengan tenang. Nabi Yunus
merasakan bahawa atap kamar akan jatuh menimpa dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus
tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya berputar-putar di atas atap
kamar tetapi pandangan-pandangannya yang gelisah itu tidak menemukan tempat
perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya
tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata:
"Demikian juga hatiku yang tergantung dalam jiwaku."
Demikianlah, terjadi suatu
pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri Nabi Yunus saat ia terbaring di
atas ranjangnya. Penderitaan yang keras cukup memberatkannya sehingga beliau
pun bangkit kembali dari tempat tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan
tibalah waktu pasang. Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu
berjalan sepanjang siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun
bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti
perahu itu dan tiba-tiba lautan pun berubah. Bertiuplah angin yang cukup
kencang yang sangat mengerikan yang nyaris menghancurkan perahu dan bergolaklah
ombak yang cukup dahsyat laksana orang yang kehilangan akalnya. Ombak itu
meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah.
Mulailah gelombang ombak
menyapu permukaan perahu sehingga para awak perahu itu pun mulai terkena air.
Dan di belakang perahu itu terdapat ikan paus yang besar yang mulai mengintai.
Ia membuka mulutnya. Kemudian terdapat perintah kepada ikan paus itu untuk
bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus itu menaati perintah dari Allah s.w.t
dan ia segera menuju permukaan laut. Ia mulai mengikuti perahu itu sebagaimana
perintah yang diterimanya. Angin yang keras tetap bertiup kemudian kepala
perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar beban perahu dikurangi. Dan angin
semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus merasakan ketakutan. Dalam
tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau berusaha
berdiri tegak, tetapi tidak mampu. Kemudian kepala perahu berteriak dan
berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya. Bersama
kita seseorang lelaki yang salah sehingga kerananya angin ini bertiup dengan
kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang namanya
keluar kami akan membuangnya ke lautan."
Nabi Yunus mengetahui
bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak
perahu jika mereka menghadapi angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa
harus meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah
seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang
menganggap bahawa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka
meyakini bahawa bertiupnya angin yang kencang akibat murka dari tuhan. Oleh
kerana itu, harus diadakan upaya untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan
yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama beliau
dimasukkan bersama dengan nama penumpang lainya, dan dilakukanlah undian. Yang
keluar justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali ini pun yang
keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga. Lagi-lagi yang
keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahawa Nabi Yunus harus dibuang ke
lautan. Saat itu para awak penumpang memperhatikan Nabi Yunus. Nabi Yunus
mengetahui bahawa beliau berbuat kesalahan ketika meninggalkan kaumnya dalam
keadaan marah. Nabi Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak akan menurunkan
hukuman padanya. Namun ia dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya tanpa
izin-Nya. Allah s.w.t memberikan pelajaran kepadanya.
Nabi Yunus berdiri di
samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak yang mengerikan.
Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada cahaya bulan. Bintang-bintang
bersembunyi di balik kegelapan. Warna air tampak gelap dan hawa dingin menembus
tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian nahkoda perahu
berteriak: "Lompatlah wahai musafir yang misterius." Tiupan angin
semakin kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga keseimbangannya, dan beliau
menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun terjun
dan berada di permukaan lautan laksana sampang yang mengambang. Ikan paus
berada di depannya. Ikan itu mulai tersenyum kerana Allah s.w.t telah mengirim
padanya makanan malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah
ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam
keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.
Nabi Yunus sangat terkejut
ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan
dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam
perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus
merasakan bahawa dirinya telah mati. Beliau mencoba menggerakan panca inderanya
dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau
terpenjara dalam tiga kegelapan.
Yunus mulai menangis dan
bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat
beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk
bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan:
"Tiada Tuhan selain
Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang
menganiaya diri sendiri."
(QS. Hud: 87)
Ketika terpenjara di perut
ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah s.w.t. Ikan itu sendiri tampak
kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar
lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada Allah s.w.t. Beliau
tidak henti-hentinya bertasbih dan tidak henti-hentinya menangis. Beliau tidak
makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan
tasbih. Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup
di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan
paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu
dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap dari mereka bertasbih
dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan
Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara- suara tasbih begitu riuh dan
gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang
dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir
semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta
bersama mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Dan ia mulai menyadari bahawa ia
sedang menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan ketakutan tetapi ia
berkata dalam dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah s.w.t yang
memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan
selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga
beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu
menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang
Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri."
Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t mendengar
tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t menurunkan perintah kepada
ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu
pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Ikan itu pun menaati
perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut ikan. Beliau
tampak sakit, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu.
Beliau berteriak kerana tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu
menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah s.w.t menumbuhkan pohon
Yaqthin, yaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar
matahari. Dan Allah s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t
memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia
akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya Yunus
benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh
muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam
undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau
sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia
akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami
lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami
tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada
seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan
kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu."
(QS. ash-Shaffat:
139-148)
"Dan (ingatlah
kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu mereka menyangka
bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam
keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang
zalim.' Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari
kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman."
(QS. al-Anbiya': 87-88)
Kita sekarang ingin
membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah
Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para
nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang
maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan
sesuatu yang menurut Allah s.w.t itu pantas mendapatkan celaan (hukuman). Jadi
masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t:
Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin
(orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t). Ini memang benar. Sekarang, marilah
kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau meninggalkan desanya yang banyak dipenuhi
oleh orang-orang vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang biasa atau
oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan
dan kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan agamanya dari
kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah
s.w.t kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah s.w.t dan
ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau hanya sekadar menyampaikan
agama. Keluarnya beliau dari desa itu - dalam kacamata para nabi - adalah hal
yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah s.w.t dan hukuman- Nya
padanya.
Allah s.w.t memberikan
suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah s.w.t
mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan beliau tidak
perlu peduli dengan kaumnya yang tidak mengikutinya dan kerana itu beliau tidak
harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun
selama bertahun- tahun berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman.
Meskipun demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari
keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah s.w.t sehingga
datang perintah Allah s.w.t melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan beliau
untuk pergi. Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi sebelumnya
nescaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus.
Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang terjadi pada
kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah s.w.t
berfirman:
"Dan mengapa tidak ada
penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain
kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka
azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada
mereka sampai waktu yang tertentu."
(QS. Yunus: 98)
Demikianlah, desa Nabi
Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal bersama mereka nescaya ia akan
mengetahuinya dan hatinya menjadi tenang serta kemarahannya akan menjadi
hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu sikap tergesa-gesa ini
berangkat dari keinginannya agar manusia beriman. Usaha Nabi Yunus untuk meninggalkan
mereka adalah sebagai ungkapan kebenciannya kepada mereka atas ketidakimanan
mereka. Maka Allah s.w.t menghukumnya dan mengajarinya bahawa tugas seorang
nabi hanya menyampaikan agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan
manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan
seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka.
No comments:
Post a Comment