Pada
masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah
dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah
diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.
Oleh
kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin
berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar
Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk
dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi
Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain
bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara
senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain.
Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari
mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai
oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya
kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan
tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari- carinya. Jin Ifrit
terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa
perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin
lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu
merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh
kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak
dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja
Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit
mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja
Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada
Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut
telah dirampas oleh Bota".
Raja
Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi
Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja
Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah
menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata
kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?"
Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman
berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa".
"Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu
dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.
Salah
seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang
bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah
salahseorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman
" Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman
supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda
janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah
berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata
tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur
kepada Allah keatas nikmatNya.
No comments:
Post a Comment