Hudzaifah
bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang
Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua
sedang bincangkan.?"
Lalu
kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda
Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum
kamu melihat sepuluh tanda :
1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman
menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajal
maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam
A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar
biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara
kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap
akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang
yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema,
sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar
dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang
melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat
gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul
Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila
binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan
tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat
itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang
kafir'.
Turunnya
Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal.
Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj
dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan
kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di
belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya
mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut
Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah
S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya
dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya
anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara
lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata
Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan
tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan
saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut
Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari
mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan
kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda
Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa
perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta
rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang
lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan
menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih
dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan
aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda
kiamat."
No comments:
Post a Comment