Beliau
adalah seorang utusan Allah s.w.t. Telah terjadi pertentangan antara beliau dan
kaumnya tentang berhala yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan Allah
s.w.tdan mengajak kaumnya tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung
kepada Ba'l.
Selesailah
halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan Allah s.w.tpada hari
kiamat. Allah s.w.t menceritakan hal tersebut dalam firman-Nya:
"Dan
sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul. (Ingatlah) ketika
ia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu tidak bertakwa? Patutkah kamu
menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu
dan Tuhan bapak- bapakmu yang terdahulu?' Maka mereka mendustakannya, kerana
itu mereka akan diseret (ke neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan
(dari dosa). Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di halangan
orang-orang yang datang kemudian. (Yaitu) kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas?
Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan hepada orang-orang yang berbuat
baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman."
(QS.
ash-Shaffat: 123-132)
Hanya
ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t sebutkan berkaitan dengan kisah Nabi
Ilyas. Dan pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang menyatakan bahawa
Ilyas adalah seorang Nabi yang bernama Ilya dalam Taurat. Injil Barnabas
mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu nasihat-nasihat tersebut tidak begitu
terkenal dalam Taurat. Kami akan menyebutkan nasihat-nasihat tersebut kerana di
dalamnya terdapat hikmah yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat
dalam injil Barnabas dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahawa
"Ilya
adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang menginginkan untuk
berjalan bersama Allah Pencipta mereka. Sesungguhnya orang yang suka untuk
banyak belajar maka ia akan sedikit takut kepada Allah. kerana orang yang takut
kepada Allah maka ia akan merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan
Allah saja. Hendaklah orang-orang yang menginginkan untuk mengerjakan amal-amal
yang soleh memperhatikan diri mereka kerana seseorang tidak akan memperoleh
manfaat ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan sementara ia mendapati
kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang mengajari orang lain berusaha untuk
lebih baik daripada orang lain kerana tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang
diberikan oleh orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab,
bagaimana seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia
mendengar seorang yang lebih buruk darinya berusaha untuk mengajarinya.
Kemudian hendaklah orang yang mencari Allah berusaha lari dari percakapan
dengan manusia kerana Musa ketika berada sendirian di atas gunung Saina' maka
beliau menemukan Allah dan berdialog dengan-Nya sebagaimana seorang pencinta
berdialog dengan kekasihnya. Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah
berusaha keluar sekali setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan
perkumpulan oleh masyarakat dunia. kerana boleh jadi ia dapat melakukan suatu
amal pada satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya
berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari ridha Allah. Hendaklah
ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke arah dua kakinya,
dan ketika ia berbicara hendaklah mengatakan hal yang penting saja. Hendaklah
ketika ia makan tidak berdiri dari meja makan dalam keadaan kekenyangan. Dan
hendaklah mereka berpikir setiap hari kerana boleh jadi mereka tidak akan
menemui hari berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar memanfaatkan waktu
mereka sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu baju dari kulit
binatang cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam berusaha untuk tidur
tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka berusaha berdiri di tengah-tengah
salat dengan rasa takut.
Kerjakanlah
semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah s.w.t dengan menjunjung tinggi
syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian melalui Nabi Musa. kerana
dengan cara seperti ini, kalian akan menemukan Allah s.w.t dan kalian akan
merasakan pada setiap zaman dan tempat bahawa kalian berada di bawah naungan
Allah s.w.t dan Dia akan selalu bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang
disebutkan dalam injil Barnabas melalui tulisan Ilya. ?
No comments:
Post a Comment