Salah satu kisah Al-Quran
yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang
hamba yang Allah s.w.t memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu.
Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai
dengan cerita Nabi Musa, yaitu:
"Dan (ingatlah) ketika
Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum
sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai
bertahun-tahun."
(QS. al-Kahfi: 60)
Kalimat yang samar
menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu
yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma' al-Bahrain (pertemuan
dua buah lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting yang dinanti-nanti
oleh Musa ketika beliau sampai di majma' al-Bahrain. Anda dapat merenungkan
betapa tempat itu sangat misteri dan samar. Para musafir telah merasakan
keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui hakikat tempat ini. Ada yang
mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan
lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga
bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada
lagi yang mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat
menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu.
Seandainya tempat itu
harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan rnenyebutkannya. Namun Al-Quran
al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana Al-Quran tidak
menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran tidak menyebutkan
nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana adanya hikmah yang
tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut berhubungan dengan suatu
ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan
dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi
kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan
dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan
takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang
tebal.
Di samping itu, tempat
pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini dan Musa juga tidak kita
ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu kapan terjadi dan di
tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu, bahkan Al-Quran sengaja
menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah s.w.t mengisyaratkan hal tersebut
dalam firman-Nya:
"Seorang hamba di
antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi
Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."
(QS. al-Kahfi: 65)
Al-Quran al-Karim tidak
menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu seorang hamba yang dicari
oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang diajak
berbicara langsung oleh Allah s.w.t dan ia salah seorang ulul azmi dari para
rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan
seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun
dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus
belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu.
Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang hamba yang
tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci
disebutkan bahawa ia adalah Khidir as.
Musa berjalan bersama
hamba yang menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu
yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa. Khidir
memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya,
Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya
tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya.
Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak-
gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa. Sebahagian
tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di
mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain dianggap Musa sebagai hal yang
tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang lain justru membuat Musa bingung
dan membuatnya menentang. Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan
yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan
melihat perilaku hamba yang mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.
Ilmu Musa yang
berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang
berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian dari hakikat. Terkadang
hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya.
Awan tebal yang menyelimuti kisah ini dalam Al-Quran telah menurunkan hujan
lebat yang darinya mazhab- mazhab sufi di dalam Islam menjadi segar dan tumbuh.
Bahkan terdapat keyakinan yang menyatakan adanya hamba-hamba Allah s.w.t yang
bukan termasuk nabi dan syuhada namun para nabi dan para syuhada
"cemburu" dengan ilmu mereka. Keyakinan demikian ini timbul kerana
pengaruh kisah ini.
Para ulama berbeza
pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka mengatakan bahawa ia
seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian lagi mengatakan bahawa ia
seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong tentang kehidupan Khidir dan
bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa ia akan hidup sampai hari
kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan melalui nas-nas atau hadis-hadis
yang dapat dipegang (otentik). Tetapi kami sendiri berpendapat bahawa beliau
meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba Allah s.w.t yang lain. Sekarang,
kita tinggal membahas kewaliannya dan kenabiannya. Tentu termasuk masalah yang
sangat rumit atau membingungkan. Kami akan menyampaikan kisahnya dari awal
sebagaimana yang dikemukakan dalam Al-Quran.
Nabi Musa as berbicara di
tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka untuk menyembah Allah s.w.t dan
menceritakan kepada mereka tentang kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat
komprehensif dan tepat. Setelah beliau menyampaikan pembicaraannya, salah
seorang Bani Israil bertanya: "Apakah ada di muka bumi seseorang yang
lebih alim darimu wahai Nabi Allah?" Dengan nada emosi, Musa menjawab:
"Tidak ada."
Allah s.w.t tidak setuju
dengan jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t mengutus Jibril untuk bertanya kepadanya:
"Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui di mana Allah s.w.t meletakkan
ilmu-Nya?" Musa mengetahui bahawa ia terburu-buru mengambil suatu keputusan.
Jibril kembali berkata kepadanya: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai
seorang hamba yang berada di majma' al-Bahrain yang ia lebih alim daripada
kamu." Jiwa Nabi Musa yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah
keinginan dalam dirinya untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini. Musa
bertanya bagaimana ia dapat menemui orang alim itu. Kemudian ia mendapatkan
perintah untuk pergi dan membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu hidup dan
melompat ke lautan maka di tempat itulah Musa akan menemui hamba yang alim.
Akhirnya, Musa pergi guna
mencari ilmu dan beliau ditemani oleh seorang pembantunya yang masih muda.
Pemuda itu membawa ikan di keranjang. Kemudian mereka berdua pergi untuk
mencari hamba yang alim dan soleh. Tempat yang mereka cari adalah tempat yang
sangat samar dan masalah ini berkaitan dengan hidupnya ikan di keranjang dan
kemudian ikan itu akan melompat ke laut. Namun Musa berkeinginan kuat untuk
menemukan hamba yang alim ini walaupun beliau harus berjalan sangat jauh dan
menempuh waktu yang lama.
Musa berkata kepada
pembantunya: "Aku tidak memberimu tugas apa pun kecuali engkau
memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah denganmu." Pemuda atau
pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya memberi aku tugas yang tidak
terlalu berat." Kedua orang itu sampai di suatu batu di sisi laut. Musa
tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan pembantunya masih bergadang.
Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu bergerak dan hidup lalu
melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai tanda yang diberitahukan
Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya dengan seseorang yang
bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya. Musa bangkit dari
tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya telah melompat ke laut
sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa yang terjadi. Lalu Musa
bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka lupa terhadap ikan yang
dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah merasakan
keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: "Cuba bawalah kepada kami
makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari
perjalanan ini."
Pembantunya mulai ingat
tentang apa yang terjadi. Ia pun mengingat bagaimana ikan itu melompat ke
lautan. Ia segera menceritakan hal itu kepada Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada
Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal itu. Setan telah melupakannya. Keanehan
apa pun yang menyertai peristiwa itu, yang jelas ikan itu memang benar-benar
berjalan dan bergerak di lautan dengan suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa
merasa gembira melihat ikan itu hidup kembali di lautan dan ia berkata:
"Demikianlah yang kita inginkan." Melompatnya ikan itu ke lautan
adalah sebagai tanda bahawa di tempat itulah mereka akan bertemu dengan
seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan pembantunya kembali dan menyelusuri
tempat yang dilaluinya sampai ke tempat yang di situ ikan yang dibawanya
bergerak dan menuju ke lautan.
Perhatikanlah permulaan
kisah: bagaimana Anda berhadapan dengan suatu kesamaran dan tabir yang tebal di
mana ketika Anda menjumpai suatu tabir di depan Anda terpampang maka sebelum
tabir itu tersingkap Anda harus berhadapan dengan tabir-tabir yang lain.
Akhirnya, Musa sampai di tempat di mana ikan itu melompat. Mereka berdua sampai
di batu di mana keduanya tidur di dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa keluar
menuju laut. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak
mengetahui namanya, dan bagaimana bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami pun
tidak mengetahui usianya. Yang kita ketahui hanyalah gambaran dalam yang
dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di
antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahrnat dari sisi
Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "
Inilah aspek yang penting
dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan
tertuju pada hal-hal yang bersifat fizik atau lahiriah. Allah s.w.t berfirman:
"Maka tatkala mereka
berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya,
lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan
lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: 'Bawalah ke mari makanan kita;
sesungguhnya kita merasa letih kerana perjalanan kita ini.' Muridnya menjawab:
'Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka
sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang
melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil
jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat)
yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu
mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami
berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya
ilmu dari sisi Kami. "
(QS. al-Kahfi: 61-65)
Bukhari mengatakan bahawa
Musa dan pembantunya menemukan Khidir di atas sejadah hijau di tengah-tengah
lautan. Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan salam kepadanya. Khidir
berkata: "Apakah di bumimu ada salam? Siapa kamu?" Musa menjawab:
"Aku adalah Musa." Khidir berkata: "Bukankah engkau Musa dari
Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani Israil." Musa berkata:
"Dari mana kamu mengenal saya?" Khidir menjawab: "Sesungguhnya
yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang memberitahu aku siapa kamu.
Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?" Musa berkata dengan penuh
kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat mengikutimu agar engkau dapat
mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh kurnia dari-Nya." Khidir
berkata: "Tidakkah cukup di tanganmu Taurat dan bukankah engkau telah
mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau ingin mengikutiku engkau
tidak akan mampu bersabar bersamaku."
Kita ingin memperhatikan
sejenak perbezaan antara pertanyaan Musa yang penuh dengan kesopanan dan
kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas di mana ia memberitahu Musa bahawa
ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa, sebagaimana ilmu Musa tidak diketahui
oleh Khidir. Para ahli tafsir mengemukakan bahawa Khidir berkata kepada Musa:
"Ilmuku tidak akan engkau ketahui dan engkau tidak akan mampu sabar untuk
menanggung derita dalam memperoleh ilmu itu. Aspek-aspek lahiriah yang engkau
kuasai tidak dapat menjadi landasan dan ukuran untuk menilai ilmuku. Barangkali
engkau akan melihat dalam tindakan- tindakanku yang tidak engkau fahami
sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau tidak akan mampu bersabar
ketika ingin mendapatkan ilmuku." Musa mendapatkan suatu pernyataan yang
tegas dari Khidir namun beliau kembali mengharapnya untuk mengizinkannya
menyertainya untuk belajar darinya. Musa berkata kepadanya bahawa insya-Allah
ia akan mendapatinya sebagai orang yang sabar dan tidak akan menentang sedikit
pun.
Perhatikanlah bagaimana
Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan Allah s.w.t, merendah di hadapan hamba
ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak akan menentang perintahnya. Hamba Allah
s.w.t yang namanya tidak disebutkan dalam Al-Quran menyatakan bahawa di sana
terdapat syarat yang harus dipenuhi Musa jika ia bersikeras ingin menyertainya
dan belajar darinya. Musa bertanya tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh
ini menentukan agar Musa tidak bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya nanti
ia akan mengetahuinya atau hamba yang soleh itu akan memberitahunya. Musa
sepakat atas syarat tersebut dan kemudian mereka pun pergi. Perhatikanlah
firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahfi:
"Musa berkata kepadanya:
'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di
antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya
kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat
sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
hal itu?' Musa berkata: 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang
sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata:
'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu
pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'"
(QS. al-Kahfi: 66-70
Musa pergi bersama Khidir.
Mereka berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu
mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu mengangkut
mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun membawanya
berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini sebagai bentuk
penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika perahu itu
berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir melubangi perahu itu. Ia
mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu ia melemparkannya ke laut
sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang jauh.
Musa menyertai Khidir dan
melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri:
"Apa yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini dan
menemani laki-laki ini? Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan
membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para
pemilik perahu ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun
memuliakan kami tetapi guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya."
Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah
emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong untuk
bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah diajukannya, agar
ia tidak bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau
melubanginya agar para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan
sesuatu yang tercela." Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t
itu menoleh kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya
menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada
Khidir kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.
Kemudian mereka berdua
berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan tempat bermain oleh anak-anak
kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah letih bermain, salah seorang mereka
tampak bersandar di suatu pohon dan rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba,
Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil
itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja
dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba Allah
s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar
bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji
tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini adalah kesempatan terakhirku untuk
menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan perjalanan. Mereka memasuki suatu
desa yang sangat bakhil. Musa tidak mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke
desa itu dan mengapa tinggal dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa
habis, lalu mereka meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk
itu tidak mahu memberi dan tidak mahu menjamu mereka.
Kemudian datanglah waktu
petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di sebelah dinding yang hampir
roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba itu berusaha membangun dinding
yang nyaris roboh itu. Bahkan ia menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki
dinding itu dan membangunnya seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan
gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk
mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa berkata: "Seandainya engkau
mau, engkau bisa mendapat upah atas pembangunan tembok itu." Mendengar
perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t itu berkata kepadanya: "Ini adalah
batas perpisahan antara dirimu dan diriku." Hamba Allah s.w.t itu
mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang seharusnya tidak dilontarkan dan ia
mengingatkannya bahawa pertanyaan yang ketiga adalah akhir dari pertemuan.
Kemudian hamba Allah s.w.t
itu menceritakan kepada Musa dan membongkar kesamaran dan kebingungan yang
dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh itu—yang membuat Musa
bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya atau dari inisiatif sendiri, ia hanya
sekadar menjadi jambatan yang digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana
kehendak yang tinggi ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi.
Tindakan-tindakan yang secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya
justru menyembunyikan rahmat dan kasih sayang. Demikianlah bahawa aspek
lahiriah bertentangan dengan aspek batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui
oleh Musa. Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak
sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis air dibandingkan dengan
ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah s.w.t itu hanya memperoleh ilmu dari
Allah s.w.t sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh burung yang mengambil
dari lautan.
Allah s.w.t berfirman:
"Maka berjalanlah
heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa
berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan
penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.'
Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu
menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu
kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya
berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa
kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh orang lain?
Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata:
'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar
bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah
(kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya
kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga
tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu
kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu
mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang
hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu
mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan
antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan
perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu
adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan
merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas
tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah
orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong orang tuanya itu
kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka
mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu
dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding
rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta
benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang soleh, maka
Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan
simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu
menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang
kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'"
(QS. al-Kahfi: 71-82)
Hamba soleh itu
menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu
Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa banyak dari musibah
yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik
perahu itu akan menganggap bahawa usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu
bencana bagi mereka tetapi sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu
kenikmatan yang tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di
mana raja akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja
itu akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki
keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan mati
kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu akan menganggap
bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun kematiannya justru
membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah s.w.t akan memberi
mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga mereka dan
melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka tidak akan
menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh. Demikianlah
bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana
terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di
balik itu terdapat keburukan.
Mula-mula Nabi Allah s.w.t
Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah s.w.t tersebut, kemudian
ia menjadi mengerti ketika hamba Allah s.w.t itu menyingkapkan kepadanya maksud
dari tindakannya dan rahmat Allah s.w.t yang besar yang tersembunyi dari
peristiwa-peristiwa yang terjadi.
Selanjutnya, Musa kembali
menemui pembantunya dan menemaninya untuk kembali ke Bani Israil. Sekarang,
Musa mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa telah belajar dari mereka dua
hal: yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana terdapat
ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan musibah-musibah yang dialami oleh
manusia kerana di balik itu terdapat rahmat Allah s.w.t yang tersembunyi yang
berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang diperoleh
Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa mengetahui bahawa ia berhadapan dengan
lautan ilmu yang baru di mana ia bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para
nabi. Kita berhadapan dengan lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang
tertinggi; ilmu yang tidak dapat kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia
biasa atau dapat kita cerna dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental
yang kita ketahui atau yang biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu
para nabi yang Allah s.w.t wahyukan kepada mereka.
Kita sekarang sedang
membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali
atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini
dari wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni
kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba
soleh ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama
tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat Al- Quran yang
menunjukkan kenabiannya.
Pertama, firman-Nya:
"Lalu mereka bertemu
dengan seorang hamba di antara hamba-ham- ba Kami, yang telah Kami berikan
kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu
dari sisi Kami."
Kedua, perkataan Musa
kepadanya:
"Musa berkata kepadanya:
'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di
antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya
kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat
sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
hal itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang
yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia
berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku
tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu,'"
(QS. al-Kahfi: 66-70)
Seandainya ia seorang wali
dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau berbicara dengannya
dengan cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab kepada Musa dengan jawapan
yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi maka bererti ia tidak maksum sehingga
Musa tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang wali yang tidak maksum.
Ketiga, Khidir menunjukkan
keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu melalui wahyu dari Allah s.w.t dan
perintah dari-Nya. Ini adalah dalil tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan
bukti kuat yang menunjukkan kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh
membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya
dan hatinya. Boleh jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum
kerana terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh
anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.
Keempat, perkataan Khidir
kepada Musa:
"Sebagai rahmat
dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.
"
(QS. al-Kahfi: 82)
Yakni, apa yang aku
lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia merupakan perintah dari Allah
s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat para ulama dan para ahli zuhud.
Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah seorang Nabi sedangkan para ahli
zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir adalah seorang wali dari
wali-wali Allah s.w.t.
Salah satu pernyataan
Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah perkataan Wahab bin
Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia akan diseksa di dunia sesuai
dengan kadar kecintaan mereka atau kecenderungan mereka terhadapnya
(dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits al-Hafi berkata: "Musa berkata
kepada Khidir: "Berilah aku nasihat." Khidir menjawab:
"Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk taat kepada-Nya."
Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang Khidir dan setiap
mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat ini berhujung
pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai pewaris para
nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli hakikat yang mana
salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah Khidir. Kami sendiri
cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi kerana beliau menerima
ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas dalam konteks
Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak menemukan nas yang
gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk menganggapnya sebagai seorang
wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu laduni.
Barangkali kesamaran
seputar peribadi yang mulia ini memang disengaja agar orang yang mengikuti
kisah tersebut mendapatkan tujuan utama dari inti cerita. Hendaklah kita berada
di batas yang benar dan tidak terlalu jauh mempersoalkan kenabiannya atau
kewaliannya. Yang jelas, ketika kami memasukkannya dalam jajaran para nabi
kerana ia adalah seorang guru dari Musa dan seorang ustaz baginya untuk
beberapa waktu.
No comments:
Post a Comment